Make your own free website on Tripod.com

Kestabilan hidup rakyat terjamin setelah bertukar kerajaan pada 1990

WALAUPUN tampuk peme-rintahan Kelantan silih berganti kerana kematangan rakyatnya berpolitik, iklim ekonomi dan politiknya tetap stabil, lebih-lebih lagi apabila dItadbir oleh kerajaan yang berteraskan Islam mulai hujung tahun 1990.

Sebilangan besar orang Ke-lantan mempunyai sifat lemah lembut, ramah mesra, suka meno-long, kuat bekerja, tegas, tahan lasak, rajin dan mempunyai bakat semulajadi dalam bidang perniagaan.
Gembar-gembur tentang ke-adaan ekonomi menjadi malap di bawah pemerintahan keraja-an sekarang adalah merupakan cakap-cakap politik yang diko-torkan dengan hasad dengki, cemburu dan pelbagai momok-an terhadap Islam oleh orang yang berkepentingan tidak akur dengan nilai-nilai murni.

Sambil itu pelabur-pelabur tetap yakin dengan kesesuaian  pelaburan atau perniagaan di negeri ini memandangkan ke-mudahan-kemudahan asas ser-ta tenaga kerja memang sedia ada dan sentiasa dipertingkat-kan oleh Kerajaan Negeri.

Menurut perangkaan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), bilangan penduduk Kelantan kini berjumlah lebih 1.2 juta dengan sebilangan besarnya adalah orang Melayu beragama Islam yang taat mengamalkan cara hidup berteraskan Islam.

Pecahan penduduk ialah Me-layu 1,108,416 orang (93.8%), Cina 54,357 (4.6%), India 8,277 (0.7% dan lain-lain 10,635 (0.9%).

Perangkaan tahun 1990 me-nunjukkan tenaga kerja di Ke-lantan berjumlah 392,495 orang dengan 80 peratus daripadanya adalah tenaga kerja berpelajaran (bersekolah). Terdapat juga sebuah pusat latihan perindustrian.

Di Kelantan pada waktu ini terdapat 39 buah bank perda-gangan dan 12 cawangan syari-kat kewangan. Setiap pekan pusat jajahan di negeri ini mempunyai lebih daripada sebuah bank perdagangan.

Kadar pertumbuhan KDNK bagi tempoh 1991-1995 ialah 7.4 peratus, kadar pertumbuhan penduduk (1991-1995) 2.3 peratus, kadar pengangguran (1995) 2.8 peratus, kadar ke-miskinan (1995) 11 peratus, kadar  kematian bayi (per 1,000 kelahiran bagi tahun 1995) 8.2 peratus.
Pemilikan kereta pada setiap 1,000 penduduk (1995) 51.5 peratus, pemilikan motorsikal pada setiap 1,000 penduduk (1995) 102.0 peratus, pemilikan telefon pada setiap 1,000 penduduk (1995) 110 peratus.

Pemilikan televisyen bagi setiap 1,000 penduduk (1995) 56 peratus.  Penduduk yang menerima bekalan air paip (sehingga 1995), 95.3 peratus. Bilangan doktor bagi setiap 10,000 penduduk (1995) 4.2 peratus.

Kapasiti tenaga elektrik ialah 5,983 megawatt dan pengguna-annya ialah sekitar 4,700 hingga 5,000 megawatt.


HOME