Make your own free website on Tripod.com

Aziz Derasid: Terima kasih kepada kerajaan negeri

PRESIDEN Gabungan Sepak-takraw Kelantan YB Abdul Aziz Derasid yang juga Ahli Dewan Undangan Pergau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi sokongan penuh bagi menjayakan kejohanan Sepak Takraw Grand Prix Kebangsaan Terbuka 1998.

Katanya, dengan adanya kejohanan itu dapat membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

“Dengan kedatangan pelan-cong, secara tidak langsung dapat menambahkan penda-patan rakyat Kelantan,” tegasnya sempena kejohanan itu yang diadakan di Dewan Badminton di Kota Bharu.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan, Belia dan Sukan Kelantan, YB Haji Abdullah Yaakub berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang mahu menganjurkan sukan di Kelantan asalkan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan.


HOME