Make your own free website on Tripod.com

Berdakwah ke Arah Berkerajaan

TUJUAN ditetapkan kalendar Islam dengan hijrah ialah untuk nak beri semangat hijrah, untuk beri semangat pengorbanan, untuk beri semangat keyakinan ke dalam dada orang Islam bahawa sembahyang sahaja, berzikir sahaja, tidak selesai Islam.  Maka sebab itulah dengan kesedaran yang ada pada kita, kita berkempen, kita tidak berperang, kita tidak menggunakan senjata dan saya berkali-kali sebut jangan guna kekerasan, selagi peluang untuk kita berkem-pen, berdakwah ada.  Selagi peluang  kita berdakwah ada, kita berdakwah. Apabila peluang berdakwah tidak ada kita kira macam lain.  Kita berdakwah sekarang ini bukan untuk sembahyang sahaja, untuk puasa bahkan untuk berkerajaan.  Nabi sendiri berkerajaan, maka sebagai sunnah Nabi, kita kena turut sunnah Nabi. Kita juga mesti berkerajaan.
HOME