Make your own free website on Tripod.com

Hijrah daripada kekeruhan kepada kejernihan

SULTAN Kelantan dan Menteri Besar YAB Tuan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sepakat mahukan rakyat Kelantan menjadikan Maal Hijrah sebagai titik tolak kepada peningkatan pencapaian ilmu, amal dan kepentingan dunia akhirat.

Kemahuan itu terkandung dalam ucapan masing-masing pada majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Masjid Kubang Kerian dekat sini, 26 April lalu.

Kedua-duanya mahukan kalau ada yang keruh dijernihkan, kalau ada yang kurang betul diperluruskan dan kalau ada sebarang ketidak-sefahaman dicari penyelesaian secara rundingan bersumberkan ajaran Islam, yakni sebagai amalan pimpinan agung Rasulullah S.A.W. yang diutuskan untuk menyelamatkan manusia.

Sementara itu ketika berucap di majlis Sambutan Maal Hijrah anjuran Urusetia Penerangan di Tumpat, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berharap setiap jangan sekali-kali merasakan bahawa dengan ilmu, akal yang ada segala bala dapat diatasi kerana sikap sedemikian bercanggah dengan Islam.

Sehubungan dengan itu beliau mengingatkan supaya setiap orang tidak lupa berdoa dan memohon kepada Allah dengan segala rendah diri supaya Allah hentikan segala bala dan hendak meningkatkan lagi tahap iman di kalangan yang sudah beriman mana-kala yang hidup dalam kemungkaran hendaklah keluar dari kepompong dosa dan segera bertaubat.


HOME