Make your own free website on Tripod.com

Kemudahan pengangkutan di Kelantan semakin maju

KELANTAN kini mempunyai prasarana hubungan pengang-kutan yang baik dan berkem-bang pesat melalui darat dan udara.

Sementara itu Kerajaan Kelantan sekarang sedang ber-usaha agar perhubungan mela-lui laut dapat diadakan.  Peran-cangan ini termasuklah meng-adakan pelabuhan di Tumpat dan di Pantai Senok, Bachok.

Pelabuhan Tumpat dica-dangkan terutamanya bagi me-lengkapkan sistem pengang-kutan untuk hasil simen, mar-mar dan granite yang diusaha-kan di Gua Musang dan Jeli de-ngan menghubungkan jalan ra-ya serta landasan keretapi yang sedia ada. Manakala pelabuhan di Pantai Senok dijadikan seba-gai pangkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia.

Di Kuala Kerai pula, sebuah pelabuhan darat sedang dibina.  Dengan pembinaan ini sekaligus bandar baru Kuala Kerai bangunkan.

Kerajaan Kelantan juga ber-usaha agar lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dibesarkan lagi bagi membolehkannya menjadi lapangan terbang antara-bangsa.

Hasrat Menteri Besar Kelan-tan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah lapangan terbang itu menjadi pusat bagi pengang-kutan udara rantau Asia Teng-gara, terutamanya sekitar Teluk Siam. Bagaimanapun, usaha ini tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Pusat yang seme-mangnya pernah membuat ran-cangan membesarkan lapangan terbang ini sebelum tahun 1990.  Malah, tanah daripada rakyat telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.

Kelantan mempunyai jalan-jalan raya yang baik.  Jalan-jalan raya di dalam negeri ini yang terletak di bawah seleng-garaan Kerajaan Negeri sentia-sa dijaga dengan baik.  Pembi-naan jalan baru bagi menghu-bungkan kawasan-kawasan penempatan, pertanian dan perusahaan sentiasa dilaksana.
Beberapa jambatan yang dulunya diperbuat daripada kayu dan berkeadaan sempit kini dibina semula oleh Kerajaan Negeri dengan jam-batan baru daripada besi dan konkrit.

Rancangan juga dibuat untuk mengadakan sebuah pangkalan bas baru bagi Kota Bharu.  Perjanjian persefaham-an bagi pembinaannya telah pun ditandatangani.  Kompleks pangkalan bas yang serba moden ini ditempatkan di Ku-bang Kerian bagi mengganti-kan pangkalan yang ada sekarang di pusat bandar.

Rancangan pengangkutan awam di Kota Bharu di sepadu-kan dengan usaha menjadikan Kota Bharu terkawal daripada bahaya pencemaran udara. An-tara usaha ini adalah mengada-kan peraturan menggunakan gas bagi kenderaan awam yang bergerak di dalam bandar.

Antara butir perhubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain dari segi pengangkutan adalah seperti yang berikut:

Melalui darat terdapat jalanraya Kota Bharu - Kuantan - Kuala Lumpur sepanjang 658 kilometer dengan masa perjalanan selama sembilan jam; Kota Bharu-Gua Musang- Kuala Lipis - Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur sepanjang 474 kilometer dengan masa perjalanan selama enam jam.
Jalan Kota Bharu-Pulau Pinang (386 kilometer/ enam jam perjalanan), Kota Bharu-Johor Bharu (855 kilometer/11 jam perjalanan).

Pengangkutan awam dari Kota Bharu kesemua destinasi adalah bas ekspress, teksi, keretapi dan kapalterbang.

Sekarang ini lapangan terbang di Pengkalan Chepa boleh dianggap sibuk.  Awal April lalu syarikat penerbangan Air Asia menambahkan kesibukan lapangan terbang ini dengan membuat penerbangan
Penerbangan dengan kapal-terbang MAS: Kota Bharu-Kuala Lumpur sebanyak tujuh penerbangan sehari, Kota Bha-ru-Alor Setar-Penang (satu pe-nerbangan sehari), Kota Bharu-Johor Bharu (satu penerbangan sehari), Kota Bharu-Kuantan (satu penerbangan sehari) dan Kota Bharu-Kuala Terengganu (satu penerbangan sehari).

Jalan keretapi Tumpat - KL sejauh 688 kilometer, Tumpat-Johor Bharu (708 kilometer), Tumpat-Gemas (655 kilo-meter) dan Tumpat-Butterworth (1,076 kilometer).


HOME