Make your own free website on Tripod.com

Usaha mendapatkan air di dalam bumi

KERAJAAN Kelantan akan mengusahakan pengeluaran air dari dalam bumi sebagai persiapan mengatasi masalah kemarau sekiranya berpanjangan.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman, berkata perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan khususnya Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerjaraya penting bagi mengetahui tentang punca air dalam bumi di negeri ini bagi keperluan rakyat ketika musim kemarau yang panjang seperti sekarang.

Katanya, perbincangan itu nanti tidak akan melibatkan Kelantan Water Sdn Bhd yang mengendalikan bekalan air di negeri ini kerana masalah tersebut bukan melibatkan soal pengurusan air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Awam dan Kesihatan, YB Haji Hassan Abdullah, akan memanggil agensi-agensi berkaitan terma-suk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerjaraya bagi menghadapi krisis air.

Bagaimanapun, tambahnya, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat punca air memandangkan musim barat daya dan timur laut akan  melanda pantai Kelantan mulai September dan dijangka hujan akan mulai turun pada bulan itu.

Biarpun kemarau panjang di negara ini dijangka menjang-kau hingga ke bulan September depan, bekalan air dari pelbagai sumber yang tersedia diharap dapat mengatasi keadaan.


HOME