Make your own free website on Tripod.com

Sembahyang sunat istisqa’ untuk minta hujan

PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendi-dikan Dan Dakwah, YB Haji Mohamad Daud, berkata kera-jaan negeri akan menganjurkan sembahyang sunat istisqa’ ber-tujuan memohon Allah menu-runkan hujan dan menghenti-kan musim kemarau yang terla-lu panjang dan menimbulkan masalah bekalan air sekarang.

“Sembahyang sunat itu akan diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar apa-bila beliau pulang dari menu-naikan haji,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian keraian kepada qari dan qariah Kelantan dan perasmian kursus tilawah dan lagu Quran di Balai Islam, Lundang, baru-baru ini.

Katanya, walaupun keadaan air tidak kritikal di Kelantan berbanding dengan di keba-nyakan negeri lain, namun sembahyang sunat ihtisqa’ bagi memohon agar Allah menurun-kan hujan perlu diadakan bagi mengatasi masalah air di nege-ri-negeri yang dianggap meng-hadapi krisis air yang kritikal.
Beliau berkata, sebagai ham-ba Allah, adalah amat wajar jika segala masalah yang dihadapi diadu kepada Allah dan memohon pertolongan-Nya  dengan penuh insaf melalui amalan sembahyang khususnya sembahyang sunat agar segala bala tidak berpanjangan.

“Ikhtiar dan doa kepada Allah perlu seiring kerana se-tiap apa yang berlaku ada hik-mahnya dan tujuan Allah mem-beri ujian dalam bentuk bala adalah untuk menginsafkan manusia yang tersesat kerana Allah memang sayangkan ma-nusia, kecuali manusia yang enggan bertaubat dan berlagak sombong kepada Allah Maha Pencipta,” ujarnya.

YB Haji Mohamad tidak me-nolak pendapat umum bahawa petaka demi petaka yang me-nimpa negara adalah ekoran da-ripada adanya golongan yang menolak hukum Allah dan mempersendakannya di sam-ping para ulama diperlekeh dan golongan syirik dijulang.

Beliau berkata hanya ada sa-tu cara untuk mengelak daripa-da bala, yakni setiap orang mes-ti kembali kepada Allah dan melakukan apa yang diperintah sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis serta meninggalkan segala larangan-Nya tanpa sebarang dolak-dalik.


HOME