Make your own free website on Tripod.com

Laksanakan hudud pada diri masing-masing - Hashim Bani

UMAT Islam diseru supaya menanamkan semangat perlaksanaan hudud pada diri masing-masing sementara menantikan hudud sebagai undang-undang dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan.
Ketika membuat seruan demikian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK), Haji Hashim Bani bin Abdul Hamid, menaruh harapan undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui Enakmen Jenayah Syariah II (1993) dapat dilaksanakan di Kelantan.

Beliau berucap di majlis pelancaran sambutan Hari Hudud yang ketiga di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu baru-baru ini.  Sambutan Hari Hudud kali ketiga ini dianjurkan oleh JHEAIK.

Menurut beliau, mengikut catatan sejarah, hudud pernah dilaksanakan di Kelantan pada masa pemerintahan Sultan Mansur (1890-1900) dengan dibantu oleh Menteri Besar Che  Kub bin Penghulu Ngah.

Ketika itu wujud lima jenis mahkamah iaitu Mahkamah Negeri, Mahkamah Adat, Mahkamah Syariah, Mahkamah Balai dan Mahkamah Jumaat.

Berbagai-bagai hukum hudud seperti potong tangan telah dilaksanakan ketika itu.
Bagaimanapun, pelaksanaan hudud telah diketepikan sama sekali selepas berlaku Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1902.

Kelantan yang jatuh di bawah pengaruh Inggeris telah menggantikan hukuman daripada kesalahan hudud seperti potong tangan dan rotan kepada hukuman denda.


HOME