Make your own free website on Tripod.com

 Hudud Ditolak Mentah-mentah Setelah Disediakan Dengan Baik

Kita buat Hudud bukan masalah kita reka.  Kita bentuk satu firma, panggil lawyer, kita panggil pensyarah universiti, kita panggil ulama buat hudud.  Kita buka tafsir, kita buka hadis, kita buka segala-gala.  Kita guna orang kelulusan universiti, kita cari lawyer-lawyer, termasuklah bekas Hakim Negara Tun Saleh Abas sendiri.  Kita beri elaun kepada mereka.  Kita minta fatwa daripada Dato’ Mufti dan kita ambil tandatangan daripada ke bawah Duli Tuanku.  Bila kita buat cukup syarat semua sekali dan akhir-akhirnya mendapat pujian daripada orang-orang tertentu, daripada majalah-majalah yang ditulis dalam parlimen sendiri.  Tetapi Umno menolak mentah-mentah begitu sahaja. Tidak masuk dalam kepala orang intelek, orang yang berfikiran waras, tidak patut dia buat kerja begitu.  Sepatutnya terimalah dulu.
HOME