Make your own free website on Tripod.com

Pimpinan Kerajaan Negeri bersama-sama keluarga Diraja berhari raya

TIDAK mudah untuk rakyat jelata masuk istana, apatah lagi untuk mendampingi dan bersalaman dengan Sultan dan Raja Perempuan serta keluarga diraja (gambar).

Hari raya adalah antara satu-satunya peluang yang ada bagi membolehkan rakyat dari pelbagai peringkat masuk ke istana dan melihat keindahan hiasan dalam istana di samping bukan sahaja dapat menatap wajah Sultan dan Raja Perempuan secara dekat tetapi dapat juga bersalaman-salaman dengan baginda berdua.

Sempena Hari Raya ‘Idilfitri baru-baru ini, Sultan serta Raja Perempuan, Tengku Mahkota dan Tengku Amalin Aishah Puteri berkenan menerima mengadap rakyat jelata.

Pada ‘Idilfitri tahun ini Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan diketuai sendiri oleh YAB Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dijemput dan diterima mengadap.


HOME