Make your own free website on Tripod.com

Langkah perundangan diambil untuk atasi masalah air

PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Sains dan Teknologi, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman,  berkata langkah-langkah yang membabitkan soal perundangan sedang diambil bagi mengatasi segala masalah yang timbul berhubung dengan pembekalan air yang pengurusannya diswastakan.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai masalah air di Kelantan yang ditimbulkan di Majlis Perjumpaan Hari Raya Dan Dialog Menteri Besar dan Pimpinan Negeri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan di Hotel Perdana pada 2 Syawal lalu.

Katanya, kes itu dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak berapa lama lagi.


HOME