Make your own free website on Tripod.com
BERKAT DASAR ISLAM PEMBAYARAN HUTANG DAPAT DIGIATKAN
Bermula tahun 1990 hingga 1994, Kerajaan Negeri Kelantan dapat menjelaskan sebanyak lebih RM 48 juta hutang Kerajaaan Pusat. Bagi tahun 1994 sahaja, Kerajaan Kelantan membayar RM 33 juta kepada Pusat.

Demikian dijelaskan oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan semasa berucap di Majlis Perasmian Masjid Tengku Mohd. Faiz Petra, Gua Musang pada 15 Januari, 1995 lalu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Haji Mohd. Rozali Isohak.

Menurut YAB Tuan Guru lagi, jumlah tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional Kelantan dahulu dari tahun 1985 hingga 1989 iaitu sebanyak RM 18 juta.

“Kemampuan Kerajaan Negeri menjelaskan hutang Kerajaan lalu (Barisan Nasional) dengan satu angka yang besar adalah hasil keberkatan dasar-dasar Kerajaan kita yang berlandaskan Islam. Oleh itu, ajaran Islam mestilah terus diberi peluang berjalan dan dilaksanakan, bukan sahaja di masjid-masjid tetapi juga di bidang pentadbiran dan pemerintahan. Dengan cara inilah, kita bukan sahaja mengingati Allah atau zikrullah di dalam masjid, tetapi zikrullah dalam setiap aktiviti hidup kita,” kata YAB Tuan Guru lagi.

Jumlah hutang yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Kelantan (ANGKATAN) kepada Kerajaan Persekutuan dari tahun 1990 hingga 1994 adalah seperti yang berikut :-

Tahun       Pokok (RM)       Faedah (RM)        Jumlah (RM)

1990             1,919,694.34       568,164.04       2,487,858.38
1991             4,012,905.19     4,384,879.01      8,397,784.20
1992                635,494.21          99,645.78         735,139.99
1993             2,229,659.41        562,160.20      2,791,819.61
1994           21,072,930.45    12,757,633.31    33,830,563.76
Jumlah        29,870,683.60    18,372,482.34    48,243,165.94
 
Jumlah hutang yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Kelantan (Barisan Nasional) kepada Kerajaan Persekutuan dari tahun 1985 hingga 1989 ialah seperti yang berikut :-

Tahun      Jumlah (RM)

1985       3,443,934.27
1986          986,047.19
1987       3,972,771.19
1988       1,996,505.35
1989       7,941,894.28

Jumlah   18,341,152.28

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Haji Mohd. Rozali Isohak, bagi tahun 1995 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM37 juta bagi membayar hutang Kerajaan Pusat dan akan dibayar secara berperingkat sebagaimana yang telah dipersetujui Perbendaharaan Negara.