Make your own free website on Tripod.com
Kebajikan kaum bukan Islam tetap diambil berat
Kerajaan Negeri Kelantan amat mengambil berat kebajikan kaum-kaum bukan Islam di Kelantan. Sebaik  sahaja ANGKATAN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, YAB Tuan Guru Menteri Besar telah mencadangkan agar ditubuhkan satu badan baru iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam yang turut dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia, Wanita dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Wan Hashim Wan Ahmad di Majlis Perjumpaan dengan Masyarakat Siam Terbok, Tumpat, 22 Disember, 1994 lalu.

Menurut beliau lagi, melalui jawatankuasa tersebut, hal-hal kebajikan dan permasalahan masyarakat Siam akan diselesaikan dengan segera terutamanya dalam bidang ekonomi di mana masyarakat Siam majoritinya terlibat dengan pertanian.

Melalui jawatankuasa tersebut juga, Kerajaan Negeri telah melantik penghulu-penghulu yang mewakili masyarakat Siam (selain daripada ahli-ahli Majlis Daerah).

Terdapat lebihkurang 7,000 orang penduduk bangsa Siam di Kelantan dan 4,000 daripadanya tinggal di jajahan Tumpat.