Make your own free website on Tripod.com
Tabung Serambi Mekah meningkat dengan sumbangan 5% daripada bonus
Sejumlah RM 3.5 juta diperuntukan untuk membayar bonus kepada 4,977 orang kakitangan Kerajaan Negeri manakala RM 1.5 juta disediakan sebagai bonus sebulan gaji kepada kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun 1994.

Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan sumbangan 5% dari bonus itu diberikan kepada Tabung Serambi Mekah.

Ini berikutan persetujuan Kerajaan Negeri Kelantan membayar bonus satu bulan gaji atau bayaran minima RM600 seorang kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri mengikut ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Keputusan untuk memberi bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan kakitangan Kerajaan Negeri dalam memberi khidmat kepada Kerajaan dan rakyat keseluruhannya.

Sumbangan kepada Tabung Serambi Mekah pula adalah sebagai tanda kesyukuran dan sokongan pegawai Kerajaan kepada aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui tabung tersebut seperti membantu mangsa bencana alam, kebakaran dan sebagainya.

Kerajaan Negeri juga berpendapat, wajar bagi Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Berkuasa Badan Berkanun dan Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Kelantan mengambil langkah sesuai dengan cadangan Kerajaan Negeri kepada kakitangannya memberi sumbangan 5% dari bonus kepada Tabung Serambi Mekah.