Make your own free website on Tripod.com
 Bukti dasar Islam tidak mengganggu kestabilan
negara dan pencapaian pembangunan
Sedikit sebanyak timbul berbagai-bagai anggapan terhadap negeri ini, lebih-lebih lagi kerana suasana dan iklim politiknya yang berbeza. Walaupun kepimpinan negeri ini dikaitakan dengan Islam sebagai dasarnya, kestabilan dan ketenangan rakyat tetap wujud, bahkan bertambah subur.  Ini bertentangan sekali dengan propaganda sesetengah pihak bahawa dasar yang lain dari apa yang diamalkan sebelum ini akan mengganggu kestabilan negara.  Sekarang, terbukti bahawa propaganda sedemikian adalah tidak benar dan terbukti juga bahawa dasar-dasar Islam mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik, yang sangat perlu untuk mencapai pembangunan.