Make your own free website on Tripod.com
Perlaksanaan Islam jadikan Kota Bharu semakin baik
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melaksanakan banyak dasar yang selari dengan Islam, termasuk urusan pentadbiran secara Islam dan penguatkuasaan hukum-hukum dan kegiatan keislaman.

Kota Bharu akan berkembang dengan pesat dengan perancangan baru yang telah disediakan.
Menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), YB Dato’ Hj. Halim Mohamed, dalam tahun 1995 ini,  MPKB akan menswastakan khidmat mengangkut sampah dan pengendalian parit.

Bagi keselesaan peniaga kecil, MPKB akan menyusun semula kedudukan peniaga di Pasar MPKB dan Pasar Buluh Kubu.

MPKB juga akan memulakan pembinaan Menara MPKB. YB Dato’ Hj. Halim Mohamed menyatakan perkara ini di Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu pada 8 Januari, 1995 lalu.

YB Dato Halim menjelaskan lagi, semenjak Kerajaan Angkatan mentadbir Kelantan, MPKB telah melaksanakan banyak program yang selaras dengan Islam seperti menguatkuasakan pengharaman judi, menghapuskan lesen pengayuh beca RM24 setahun, penyusunan semula penjualan arak, kempen menutup aurat, menghapuskan patung kijang dan menjalankan kerja-kerja pengindahan dan kebersihan bandar.

Menurut beliau kesemua tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan dengan peningkatan yang semakin baik.

“Tanggungjawab MPKB adalah memberikan perkhidmatan yang memuaskan penduduk dan pengunjung di bandar Kota Bharu, yang paling penting adalah perkhidmatan kebersihan seperti pembuangan sampah, kebersihan jalan raya dan kesempurnaan lampu jalan yang akan memberikan keselesaan kepada penduduk,” kata beliau lagi.

Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM 5.2 juta bagi tahun 1995 kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Majlis-Majlis Daerah bagi membolehkan badan-badan itu melaksanakan dan mempertingkatkan kemudahan asas