Make your own free website on Tripod.com
Penghulu Kelantan dibuat 'denak'
PENGHULU-penghulu Kelantan akan dijadikan ‘denak’ kepada golongan remaja sebagai usaha mengatasi gejala tidak sihat dalam masyarakat.

Sebagai denak dalam menghadapi masalah ini, YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan mahukan penghulu dilantik daripada orang muda.

Beliau juga mahukan syarat ini ditambah, iaitu orang muda yang beristeri.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menyatakan syarat-syarat lantikan penghulu ini ketika berucap di majlis mengalu-alukan perlantikan penghulu seluruh negeri Kelantan bagi tahun 1998 yang diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu pada 31 Disember lalu.

Selain daripada syarat-syarat tersebut, YAB Tuan Guru juga mahukan supaya orang yang mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan tidak dilantik sebagai penghulu, ahli
majlis daerah, ahli majlis perbandaran dan lantikan-lantikan lain seumpamanya.

Ini supaya mereka yang mempunyai hutang dengan kerajaan tidak mengambil kesempatan daripada jawatan-jawatan tersebut untuk mengelak daripada membayar hutang berkenaan atau menimbulkan masalah-masalah lain.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menjelaskan bahawa penghulu yang terdiri daripada orang muda dapat menjadi ‘denak’ bagi menarik kalangan belia atau remaja keluar daripada gejala tidak sihat yang berleluasa sekarang.

Katanya, penghulu daripada golongan umur tua tidak mampu melakukan tugas ini dan mereka tidak begitu memahami jiwa remaja sekarang.

“Misalnya, sukar bagi orang tua hendak menarik remaja lepak pergi ke masjid kerana tidak mungkin orang tua berkesempatan bergaul dengan remaja itu,” jelas beliau.

Di samping itu penghulu yang beristeri pula berpeluang menggunakan isteri mereka untuk meluaskan peranan penghulu dengan menarik golongan wanita.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar juga menegaskan bahawa mana-mana orang yang hendak dilantik menjadi penghulu, maka hendaklah perangainya, akhlaknya, cara hidupnya dan tindak-tanduknya mencerminkan akhlak seorang tok imam.

Menurutnya, penjajah telah mewujudkan kaedah dualisma yang memisahkan kelayakan dan peranan penghulu dan imam.

Kaedah ini bercanggah dengan Islam kerana Islam berkehendakkan orang yang layak menjadi penghulu adalah juga orang yang layak menjadi imam.

“Apabila rakyat Kelantan mengundi supaya negeri ini diperintah oleh parti yang berdasar kepada Membangun Bersama Islam semangat yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dihidupkan semula, iaitu mana-mana orang yang akan dilantik menjadi penghulu hendaklah  berupa orang yang mempunyai akhlak, perangai, cara hidup dan tindak-tanduk mencerminkan akhlak seorang imam.