Make your own free website on Tripod.com
PURNAMA sumbang 4,400 bungkusan kuih
Anggota tentera yang tidak berkesempatan untuk bersama keluarga sempena hari raya mendapat simpati Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA).

Dengan diketuai oleh isteri YAB Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Ishak, ahli-ahlinya mengambil masa lebih seminggu menyediakan 4,400 bungkusan  kuih  untuk diagih-agihkan kepada anggota tentera yang bertugas di negeri  ini pada 1 Syawal. Gambar: Datin Tuan Sabariah (kiri sekali) dengan himpunan bungkusan kuih-muih.