Make your own free website on Tripod.com
Bacalah Al-Quran untuk dapatkan Hidayah, bukan sekadar
Kita faham segala isu yang timbul sekarang ini semua sudah terjawab oleh al-Quran, tapi dengan sebab minda kita, mentaliti kita bahawa membaca al-Quran itu setengahnya hendak dapat berkat, setengah hendak cari pahala. Adapun hendak cari hidayah ini jarang.

Sebab itu saya tidak setuju sangat: ‘mari kita pakat baca al-Fatihah untuk mendapat berkat’.  Tidak betul! Jangan ulang sangatlah pasal ambil berkat ini, dia akan jadi melekat; sikit-sikit berkat, sikit-sikit berkat.  Kita baca al-Quran untuk mendapat hidayah, untuk mendapat pimpinan.

Masalah berkat ini yang kedua, ketiga. Berkat memang diakui oleh Islam tetapi bukan perkara utama.