Make your own free website on Tripod.com
BERLUMBA MENGHABISKAN PERUNTUKAN
TAHUNAN PATUT DIHENTIKAN - MB
AMALAN berlumba-lumba menghabiskan peruntukan tahunan untuk sesuatu jabatan selama ini patut dihentikan kerana ianya tidak banyak mendatangkan faedah tetapi akan membawa musibah.
YAB Tuan Guru Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meminta ketua-ketua jabatan termasuk ketua-ketua jajahan menghentikan tabiat itu, mempersoalkan  peruntukan yang memang tidak dapat dihabiskan pada sesuatu tahun kenapa pula mesti dihabiskan secara sia-sia.
“Kalau dah tak habis, biar-kanlah dan boleh digunakan untuk tahun berikutnya, bukan-nya basi,” ujarnya ketika mem-beri amanat selepas mendengar taklimat oleh Ketua Jajahan Kuala Krai, Haji Ismail Latif, sempena lawatan Menteri Besar ke jajahan itu dalam siri lawatan kerjanya ke jajahan-jajahan seluruh Kelantan

Perjumpaan itu yang turut disertai oleh anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Haji Hassan Abdullah, YB Haji Hassan Mohamad dan YB Haji Omar Mohamad, turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Wan Hashim Wan Daud, dan pegawai-pegawai jabatan persekutuan di samping pegawai-pegawai kerajaan negeri di Jajahan Kuala Krai.

Bagi menghadapi kemung-kinan negeri akan menghadapi masalah kewangan kerana permintaan terhadap hasil pem-balakan berkurangan berikutan kegawatan ekonomi sekarang, YAB Tuan Guru Menteri Besar mahukan ketua-ketua jajahan berusaha mencari sumber pendapatan baru dan tidak hanya terlalu bergantung kepada sumber balak yang menjadi sumber hasil pendapatan negeri selama ini.

Antara langkah yang dapat dibuat, katanya, adalah dengan menyegerakan kelulusan per-mohonan mendapatkan hak milik tanah di samping usaha-usaha hendaklah dilipat gandakan supaya tunggakan cukai tanah dibayar oleh tuan-tuan punya tanah.