Make your own free website on Tripod.com
CATATAN KELANTAN
KERAJAAN KELANTAN BERI PERUNTUKKAN
RM70,000 SETAHUN KEPADA PEMADAM
KERAJAAN Kelantan memperun-tukkan sejumlah RM70,000 seta-hun kepada Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Kelantan bagi membantu kegiatan pencegahan dadah oleh persatuan itu.
Pengerusi Pemadam Kelantan, Haji Hassan Abdullah memberitahu demikian dalam ucapan beliau di majlis perasmian ceramah kesedaran dadah kepada penghulu seluruh Kelantan yang diadakan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, Kota Bharu baru-baru ini.
Beliau juga menyeru penghulu  memperluaskan bidang tugas dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam masyarakat.

HARI PENGGUNA SEDUNIA DAN EKSPO BARANGAN BUATAN MALAYSIA 1988
HARI Pengguna Sedunia 1998 dan Ekspo Barangan Buatan Malaysia peringkat Negeri Kelantan diada-kan selama sebulan di Padang Perdana Kota Bharu dari Jun hingga Julai lalu.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Perda-gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dan Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan merasmikan Ekspo dan majlis hari pengguna tersebut. Turut hadir di majlis perasmian ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob dan Pengerusi Persatuan Pengguna Kelantan, Datuk Azman Abdul Rashid.

Ekspo disertai oleh 190 gerai yang mempamer dan menjual barangan tempatan.

KEMPEN MENUTUP AURAT DI SEKOLAH
Kempen penghayatan menutup aurat di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) berlangsung antara 21 hingga 25 Jun lalu.

Menurut Penasihat program kempen tersebut, Ustaz Nik Mohd. Abduh bin Nik Abdul Aziz, kempen turut mengadakan pameran menu-tup aurat terutama lukisan-lukisan pakaian menutup aurat yang dicipta oleh para pelajar. Selain itu  tazkirah menutup aurat berlangsung selama 10 minit setiap hari sepanjang kempen ini turut diadakan dengan disertai oleh setiap pelajar. Majlis forum juga diadakan.
Kempen menutup aurat ini di-lancarkan dengan kerjasama dari-pada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

KELANTAN MAHU KUATKUASAKAN PENGGUNAAN
TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA
Pengerusi Jawatankuasa Kebu-dayaan, Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Abdullah Yakub ber-kata Kerajaan Negeri Kelantan akan menguatkuasakan penggunaan tu-lisan jawi di semua papan tanda di tempat perniagaan dan di tempat awam.

Katanya, cadangan telah pun dibuat oleh para cendekiawan dari pusat pengajian tinggi yang membuat rumusan dalam satu seminar meminta Kerajaan Kelantan melaksanakan penggunaan tulisan jawi itu bagi memartabatkan budaya Melayu.

Menurut beliau, rumusan tersebut sedang diperkemaskan bagi dibawa masuk ke dalam mesyuarat Exco Negeri untuk mendapatkan kelulusan.

Kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi turut diminta bagi menjayakan rumusan seminar itu, tambah beliau.
Antara yang hadir dalam seminar berkenaan ialah Profesor Emiritus Datuk Shahanon Ahmad, Dr. Hanafi Dollah dan Dr. Siti Zainun Ismail.

PENDIKIR JADI MU'AZIN
JUARA-juara dikir barat diseru supaya mempergunakan anugerah suara yang mereka miliki untuk berlagu di masjid dan surau.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan menyarankan mereka supaya melaungkan azan dan memperdengarkan bacaan al-Quran bagi mengimbangi kegiatan mereka di bangsal dikir barat.
“Jangan berdikir sahaja sampai lupa masjid,” katanya.