Make your own free website on Tripod.com
Jawatankuasa khas lanjutkan tempoh kaji perjanjian
TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman mahukan jawatankuasa khas yang mengkaji perjanjian konsesi pengurusan bekalan air dengan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) menyiapkan segera laporan mengenai perkara tersebut.

Katanya, laporan itu nanti akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam menangani isu bekalan air yang pengurusannya disawastakan kepada KWSB sejak dua tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita di Kota Darulnaim baru-baru ini, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri belum mene-rima sebarang laporan berhu-bung perkara itu daripada jawatankuasa berkenaan yang diwujudkan bulan Mei lalu.

Jawatankuasa itu dipenge-rusikan oleh Pengerusi Jawatan-kuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan YB Haji Hassan Abdullah, telah melantik perunding bagi membuat kajian mengenai perjanjian dengan KWSB selaku pemegang konsesi bekalan air.

Beliau memberitahu bahawa jawatankuasa yang dipengerusi-kan Haji Hassan pada awalnya dijangka menyelesaikan kes pada bulan Jun lepas tetapi oleh sebab beberapa masalah perlu diteliti lagi, tempohnya terpaksa dilanjutkan.

“Kerajaan negeri faham sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara gopoh-gapah, sebaliknya harus dibuat dengan cermat,” tegasnya.

YB Haji Abdul Halim menaruh keyakinan hasil kerja jawatankuasa yang dipengeru-sikan oleh Haji Hassan akan membawa kepada keputusan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.
Katanya lagi, dengan doa serta komitmen seluruh rakyat Kelantan, isu bekalan air akan dapat ditangani dengan baik dan akan melegakan pelbagai pihak.