Make your own free website on Tripod.com
Persembahan dikir barat dibenarkan kembali dengan 10 syarat
MESYUARAT mingguan Exco Kerajaan Kelantan pada 8 Julai lalu memutuskan mena-rik balik larangan pertunjukan dikir barat di negeri ini berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Menurut Pengerusi Jawat-ankuasa Kebudayaan, Pelan-congan, Belia dan Sukan, YB Abdullah Ya'kub, Exco juga memberi kuasa mengawasi persembahan dikir barat kepada Persatuan Dikir Barat Kelantan (Pendikir) bagi pihak Kerajaan Negeri.

Sejak 27 Mei lalu, Kerajaan Kelantan membekukan izin persembahan dikir barat di ne-geri ini apabila mendapati izin itu disalahgunakan oleh peng-anjur-penganjur dikir barat dengan memasukkan penya-nyi pop wanita, pelawak, joget dan tiada kawalan sempurna sebagaimana yang dikehen-daki oleh surat izin berkenaan.

Keputusan membenarkan semula persembahan dikir ba-rat ini dibuat apabila Kerajaan Negeri bersetuju dan berpuas hati dengan Pendikir selepas beberapa siri perbincangan dengannya.
Bagaimanapun, Kerajaan Kelantan menetapkan 10 syarat untuk sebarang kelulusan izin persembahan dikir barat.

Setiap penganjur dikir barat hendaklah mematuhi 10 syarat tersebut yang antaranya ialah memastikan setiap peserta dikir barat diwajibkan menjadi kum-pulan ahli berdaftar dengan Pendikir.
Surat sokongan daripada Pendikir juga hendaklah diserta-kan setiap kali membuat permo-honan izin kepada Pejabat Tanah dan Jajahan bagi persembahan dikir barat.

Abdullah menegaskan Pen-dikir bertanggungjawab sepe-nuhnya mengawasi perjalanan persembahan dikir barat dengan turut menanggung segala kesan baik dan kesan buruk persembahan dikir barat itu.
Katanya lagi, Kerajaan Negeri tetap akan memantau perjalanan persembahan dikir barat bagi memastikan segala peraturan atau garis panduan yang ditetapkan dipatuhi.

Antara yang diputuskan oleh mesyuarat Exco tersebut ialah melarang artis popular, pelawak dan wanita daripada mengambil bahagian dalam persembahan dikir barat ter-masuk tidak membenarkan peserta yang bukan ahli berdaftar Pendikir.

Persembahan hendaklah turut mendapat kebenaran Pendikir.
Persembahan dikir barat juga tidak dibenarkan melewati jam 12.00 malam.
Sebelum ini Abdullah turut memberitahu bahawa Keraja-an Kelantan akan meminda Enakmen Kebudayaan dan Hiburan 1936, iaitu undang-undang yang digubal oleh British.  Undang-undang ini tidak dipinda sejak tahun 1936 dan banyak perkara tidak se-suai dengan kehendak zaman sekarang terutamanya Islam.

Katanya, pakar-pakar da-lam seni budaya turut menjadi ahli jawatankuasa menggubal pindaan enakmen ini.