Make your own free website on Tripod.com
Kegawatan akibat salah pilih pemimpin
KELUHAN dan rintihan tidak mampu merubah keadaan yang sukar untuk ditentukan terma-suk untuk memulihkan kega-watan ekonomi angkara Soros atau kerana boros oleh kalangan yang mengendalikan ekonomi negara, kata Pengerusi Jawatan-kuasa Perdagangan, Perindus-trian, Pembangunan Usahawan Dan Sumber Manusia, YB Haji Ahmad Yaakub.

“Keadaan sudahpun berlaku, mungkin kerana kesilapan rakyat yang memberikan undi kepada parti yang membentuk kerajaan memerintah negara.

“Kalau yang mereka pilih itu benar-benar pakar dalam peng-urusan ekonomi sudah tentu negara yang mempunyai keka-yaan pelbagai khazanah ini tidak akan menghadapi kega-watan ekonomi,” katanya ketika berucap pada majlis Tok Guru Menteri Besar Bersama Rakyat di Pulau Teluk Rajuna Tumpat baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, tambahnya, kerajaan negeri tidak pernah rasa malu dan terpinggir daripada pemba-ngunan kerana kurang pelabur yang menanam modal di negeri ini. Sikap berhati-hati kerajaan negeri yang mahukan hanya pelaburan yang tidak bercang-gah dengan Islam bagi memastikan kekayaan yang diperolehi tidak akan menjadi kayu api untuk membakar rakyat Kelantan di akhirat nanti.

Oleh itu, tambahnya, walau-pun pahit dan 'kelat kacu' rakyat mesti berdepan dengan keadaan yang sedang berlaku dan jangan menyerah kalah, apatah pula untuk merintih serta mengeluh.

“Yang perlu dilakukan ialah lipatgandakan usaha berdasar-kan cara yang dihalalkan oleh Islam di samping jangan lupa berdoa dan meminta pertolong-an Allah walaupun pihak lawan menganggap berdoa dan sembahyang hajat sebagai kolot serta ketinggalan zaman.

“Rakyat Kelantan khususnya mesti yakin bahawa manusia yang derhaka dan leka meng-ingati kekuasaan Allah tetap akan terhukum dan apa yang berlaku sekarang adalah antara hukuman Allah terhadap manu-sia yang angkuh dan sombong terhadap-Nya,” tegas beliau.