Make your own free website on Tripod.com
Pentadbir tanah boleh jalankan penguatkuasaan pengurusan hutan
PENGUATKUASAAN dalam pengurusan perhutanan di negeri ini diperluaskan dengan membabitkan pentadbir tanah.

Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bersidang pada 22 Jun lalu meluluskan Enakmen Perhutanan Negeri (Pindaan) 1998 bagi memberi kuasa tambahan kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk melantik pentadbir-pen-tadbir tanah negeri menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan da-lam pengurusan perhutanan.

Cadangan pindaan telah dikemukakan oleh Timbalan Menteri Besar, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman.

Melalui pindaan enakmen ini Pengarah Perhutanan Negeri boleh mewakilkan penguat-kuasaan pengurusan perhutanan kepada pentadbir tanah sepertimana yang  dilakukannya kepada pihak polis dan tentera.