Make your own free website on Tripod.com
Isteri MB di UKM
ISTERI YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, selaku Yang Dipertua PURNAMA, Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, merasmikan majlis sambutan Hari Siswi UKM dan Pelancaran Tabung Pendidikan PERDANA yang dikelolakan oleh siswi-siswi anak Kelantan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2 Julai lalu. Datin Tuan Sabariah turut menyampaikan sumbangan kewangan daripada Kerajaan Kelantan dan PURNAMA kepada tabung persatuan berkenaan.
Majlis yang diisi dengan forum mengenai cabaran yang dihadapi wanita dalam era mul-timedia diserikan lagi dengan pameran pemba-ngunan dan kegiatan wanita Kelantan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Acara berlangsung di UKM, Bangi.