Make your own free website on Tripod.com
Kerajaan Kelantan raikan jaguh badminton negara, Roslin Hashim
ROSLIN Hashim, anak Kelantan yang kini terkenal sebagai jaguh badminton negara, diraikan oleh Kerajaan Kelantan dalam satu majlis makan malam di Dewan Teratai, Kota Darulnaim baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Abdullah Ya'kub, menyampaikan sumbangan Kerajaan Kelantan kepada Roslin di majlis itu.  Turut serta ialah Yang Dipertua Persatuan Badminton Kelantan, Dato' Wan Hashim Ahmad, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Al-Amin Majid,Pengarah Urusan Kelab Nusa Mahsuri, Jalani Sidek dan bapa Roslin, Hashim Ikhsan serta keluarga .