Make your own free website on Tripod.com

Mengatasi kegawatan ekonomi menjadi tanggungjawab semua rakyat

ATAS sebab usaha mengatasi kegawatan ekonomi negara sekarang menjadi tanggung-jawab semua lapisan rakyat, Majlis Tindakan Ekonomi (Maten) Negeri Kelantan perlu diwakili juga oleh wakil dari parti pembangkang.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bahawa perlantikan ketua pembang-kang, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir adalah bagi memastikan semua lapisan masyarakat diwakili dalam Maten Kelantan.

Menjawab soalan YB Hussein Ahmad (PAS-Tendong), YAB Tuan Guru Menteri Besar berkata sokongan  yang diberikan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat untuk menangani masalah kegawatan ekonomi yang melanda sekarang adalah atas kesedaran bahawa sokongan itu penting supaya kita tidak tunduk kepada tekanan pihak luar.

Katanya, Kerajaan Kelantan  meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik dan sokongan terhadap Kerajaan Pusat dalam mengatasi masalah ekonomi negara akan diteruskan.
Ketika menjawab soalan YB Hassan Mahmood (PAS-Tawang), beliau, bagaimana-pun, tidak pasti negeri-negeri lain membuat perlantikan ahli Maten sebagaimana yang dibuat Kelantan.

Sebagai menjawab soalan YB Hanafi Daud (PAS-Chetok) beliau juga memberitahu penubuhan Maten peringkat Kelantan adalah sebagai usaha membantu Kerajaan melaksanakan strategi jangka panjang dalam menangani kegawatan ekonomi sekarang.


HOME