Make your own free website on Tripod.com

Pekeliling untuk berjimat diedarkan ke jabatan dan agensi Kerajaan Negeri

KERAJAAN Negeri Kelantan sudah pun memberi garis-garis panduan dan langkah-langkah berjimat melalui pekeliling yang diedarkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri berikutan kegawatan ekonomi negara yang turut dirasai Kelantan sekarang.

Langkah-langkah dan garis panduan yang dianggap boleh dilaksanakan itu termasuklah meneliti aspek-aspek perbe-lanjaan yang boleh dijimatkan dan pendapatan yang boleh ditambah.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan dan Pentadbiran Awam, YB Datuk Halim Mohamed, memberitahu  demikian di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagai menjawab soalan YB Hussein Ahmad (PAS-Tendong).

 Katanya, Kerajaan Kelantan sedang membuat penilaian sewajarnya terhadap Belanjawan Negeri Kelantan 1998 berikutan kegawatan ekonomi negara sekarang.


HOME