Make your own free website on Tripod.com

Hasil hutan Kelantan bertambah RM 9.52 juta daripada anggaran tahun 1997

PUNGUTAN hasil sumber perhutanan Kelantan pada tahun 1997 berjumlah RM74.82 juta, melebihi RM9.52 juta (14.4 peratus) daripada anggaran awal.

Ini bererti hasil yang dipungut tahun lalu meningkat sebanyak RM5.6 juta (8.2 peratus) dibandingkan dengan pungutan pada tahun 1996 yang berjumlah RM69.17 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pentadbiran Awam, Datuk Halim Mohamed memberitahu  demikian kepada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagai menjawab soalan YB Adhan Kechik (BN - Kemahang).

Sebagai menjawab soalan tambahan YB Aziz Derashid (BN - Pergau), Datuk Halim menjelaskan pengurusan hutan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sekarang adalah lebih baik tanpa melakukan tender runding.


HOME