Make your own free website on Tripod.com

RM 2 juta untuk bina perpustakaan baru di Tanah Merah

BANDAR Tanah Merah akan mempunyai sebuah perpustakaan baru tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan dan Pentadbiran Awam, YB Dato' Halim Mohamed, memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, Perbadanan Perpustakaan Negeri telah mengenal pasti tanah seluas 3,037 meter persegi untuk dibina sebuah perpustakaan yang dijangka bernilai RM2 juta.

Perpustakaan Negara menyediakan biaya bagi pembinaan perpustakaan berkenaan, katanya.


HOME