Make your own free website on Tripod.com

Kerajaan Kelantan sudah bina 430 unit rumah kos rendah tahun lalu

SEPANJANG tahun lalu  Kerajaan Negeri membina 430 unit rumah kos rendah di seluruh Kelantan tahun lalu.

Daripada jumlah ini 230 unit dibina di Tanah Merah, 140 unit di Tanah Putih, Gua Musang, 40 unit di Peringat, dan 20  unit di Bandar Baru Gua Musang.

Demikian dijelaskan oleh Timbalan Menteri Besar, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman ketika  menjawab soalan YB Leong Sue Siang (BN - Kota Lama), di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu.

Menurut Haji Abdul Halim, di Bachok Kerajaan Negeri membina 144 unit rumah kos rendah pada 1995 dan tiada projek untuk tahun berikutnya.

“Projek pembinaan rumah kos rendah ini diswastakan dan berjalan lancar setakat ini,” katanya.


HOME