Make your own free website on Tripod.com

Beca sebagai tarikan pelancongan dan pendapatan sampingan

Kewujudan beca di Kota Bharu boleh dikekalkan sebagai tarikan pelancongan, kata Timbalan Menteri Besar, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman, sebagai menjawab soalan YB Leong Su Siang (BN - Kota Lama) di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu.

Menurut Haji Abdul Halim lagi kebanyakan penarik beca tidak menjadikan kerja ini sebagai punca pendapatan utama tetapi hanyalah menja-lankannya untuk memperolehi pendapatan sampingan.

Menurut Haji Abdul Halim 2,032 beca berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Kerajaan Negeri sudah menghapuskan bayaran lesen beca sebanyak RM24 setahun.  Apa yang dikenakan oleh MPKB hanyalah bayaran pendaftaran plet sebanyak RM2 setahun. 


HOME