Make your own free website on Tripod.com

Penerbangan di Pengkalan Chepa bertambah

SATU lagi perkhidmatan pener-bangan ke negeri ini dimulakan pada 2 April, menjadikan jumlah penerbangan 11 kali sehari berban-ding dengan 10 kali sebelumnya.
Perkhidmatan penerbangan terbaru ialah dari ASIA AIR, anak syarikat DRB-Hicom, yang memu-lakan perkhidmatan penerbangan berjadual dari Lapangan Terbang Antara-bangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Pengkalan Chepa.

Menurut Pengurus Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, ASIA AIR akan menggunakan pesawat B737.

Pesawat itu akan tiba pada jam 2.25 petang dan berlepas ke Kuala Lumpur pada 3.00 petang pada hari-hari biasa. Pada hari Jumaat dan Ahad, tiba jam 9.20 malam dan berlepas jam 9.55 malam manakala pada hari Sabtu tiba jam 7.50 malan dan berlepas jam 8.25 malam.

Khidmat penerbangan baru itu membuktikan bahawa  Kelantan semakin pesat membangun sehing-ga memerlukan penerbangan tam-bahan bagi menampung keperluan.


HOME