Make your own free website on Tripod.com

Kelantan kemuka langkah bantu pulihkan ekonomi negara

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Surah al-Baqarah, ayat 155, maksudnya:
Akan Kami uji kamu dengan sesuatu berbentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa raga, serta kerosakan kebun-kebun tanaman dan berilah berita gembira untuk mereka yang sabar (menempuh ujian).

Ampun Tuanku,
SEGALA puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Kepada-Nya kita berserah dan bersyukur.  Kepada-Nya juga kita tumpu-kan sepenuh-penuh ketaatan dan ketaqwaan.  Salawat dan salam ke atas Junjugan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli-ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibn Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim, dengan amat kemuliaan dan kebesarannya.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun,
Pada hari dan ketika yang bersejarah dan berbahagia ini, patik dengan segala tawadhuk-nya merakamkan sembah Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan rasa kesyukuran seluruh hamba rakyat kepada Allah SWT kerana dapat bersama-sama menyambut dan merayakan istiadat menyambut perayaan Hari Ulangtahun Keputeraan yang Ke-48 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Di saat yang gemilang di majlis singgahsana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini, patik bagi pihak pacal Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli Dewan Negara, pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri dan Perseku-tuan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan badan berkanun, anggota-anggota pasukan keselamatan, anggota-anggota pertubuhan awam dan badan-badan sukarela daripada hamba rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dan khu-susnya di atas diri patik sendiri, dengan perasaan bersyukur dan besar hati merafak sembah ucapan setinggi-tinggi syabas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah selamat berusia 48 tahun dalam keadaan sihat walafiat dengan bertambah-tambah daulat dan kebesarannya.  Patik berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan lagi cucuran rahmat dan nikmat untuk bersemayam sebagai tunggak kebesaran dan payung keadilan tempat hamba rakyat tumpang bernaung sepanjang zaman.

Ampun Tuanku,
Berkat dari bimbingan Tuanku, pada keseluruhannya keadaan di negeri ini semakin harmoni.  Urusan pentadbiran berjalan lancar dan hubungan dalam berbagai-bagai bidang juga bertambah positif.
Hubungan Kerajaan Negeri dan Pusat, umpamanya, berjalan di atas landasan sepatutnya dengan kerjasama dua hala yang begitu baik dan cemerlang.  Ini membantu mengurangkan poli-ticking bagi membolehkan tumpuan diberi kepada pemba-ngunan serta kepentingan rakyat jelata.  Keharmonian yang menyeluruh ini juga membolehkan Kerajaan Negeri bersama-sama menghadapi kegawatan ekonomi dengan lebih mapan dan tenang.

Untuk makluman Tuanku, Kerajaan Negeri telah melaksa-nakan arahan Kerajaan Pusat dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri. Keahlian Majlis ini meliputi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang seba-gai tanda permaufakatan meng-hadapi masalah bersama. Seba-gai pelengkap usaha mewujud-kan pemulihan ekonomi ini, Kerajaan juga telah menubuh-kan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat di negeri ini.  Ini adalah penting bagi mengawal sebarang kebo-coran ekonomi yang akhirnya memburukkan lagi kegawatan.

Ampun Tuanku,
Sesungguhnya negara dilanda kegawatan ekonomi tetapi pada keseluruhannya, kesan kepada negeri ini adalah tidak sebesar yang dihadapi oleh negeri-negeri lain.

Alhamdulillah, dengan dasar pentadbiran dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang berhemat dan penjimatan yang berterusan, ekoran dari polisi Islam sebagai ‘ad-din’ yang menjadi tunggak Kerajaan, kita telah berjaya menikmati hasilnya.  Walaupun negara menghadapi kemeleset-an ekonomi dan Kerajaan Negeri juga menerima kesan-kesannya, Kerajaan Negeri masih mampu menjelaskan hutang-piutang lama kepada Kerajaan Persekutuan setelah penjadualan semula dipersetu-jui oleh pihak Kerajaan Persekutuan.  Di samping ini Kerajaan Negeri masih mampu membayar bonos kepada kaki-tangan Kerajaan sejak tahun 1995, juga pihak Kerajaan masih berkemampuan untuk memberi kemudahan-kemu-dahan serta peralatan-peralatan baru kepada kakitangan dan jabatan-jabatan Kerajaan bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran dan prestasi jabatan berkenaan.

Langkah-langkah penjimat-an ini akan terus diambil bahkan beberapa langkah tambahan akan terus dibuat bagi menentu-kan Kerajaan Negei mampu melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Ampun Tuanku,
Di antara langkah-langkah jangka pendek dan sederhana yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan kesan kegawatan ialah seperti berikut:

A. Strategi peningkatan  eksport.
Di antaranya mewujudkan inisiatif tertentu bagi membo-lehkan Kelantan muncul seba-gai negeri industri berasaskan kayu.  Melalui inisiatif ini diharapkan kilang-kilang baru pemprosesan kayu sampai ke peringkat hiliran akan dapat diwujudkan. Proses tambahan nilai kepada sumber tempatan sedia ada ini diharap dapat mewujudkan kesan pengganda dan melalui industri berorien-tasikan eksport ini, negara pada umumnya akan mendapat faedah.

B. Strategi penggantian import dan mengurangkan pengaliran wang keluar.

Di bawah strategi ini, beberapa langkah telah patik cadangkan dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi di peringkat negeri-negeri baru-baru ini, meliputi:

Pertama - Mempercepatkan operasi Kolej Islam Kelantan yang telah pun ditubuhkan bagi membolehkan pelajar-pelajar lepasan Yayasan Islam Kelan-tan dapat melanjutkan pelajaran setempat.  Ini boleh menjimat-kan kos kepada Kerajaan dan juga ibu bapa berbanding kos menghantar pelajar ke luar negeri.  Kita juga menjangka Kolej Islam Kelantan turut mendapat sambutan pelajar-pelajar dari luar Kelantan.

Kedua - Menggiatkan pembangunan bandar perikanan Tok Bali meliputi pembinaan kemudahan-kemudahan penda-ratan bot-bot laut dalam dan kemudahan industri bagi me-nyerap hasil yang didaratkan.  Usaha ke arah itu sedang giat dilakukan dan melalui pemba-ngunan bersifat strategik.  Ini dijangka dapat menyelamatkan berpuluh juta wang negara setahun.  Selain menyelamatkan kos import ikan dan pendaratan bot-bot yang dilesenkan di Malaysia di negara-negara jiran pembangunan seperti ini boleh mewujudkan peluang-peluang lain yang menyeluruh.

Ketiga - Pengenalan tanaman baru bagi membolehkan tanah-tanah pertanian sedia ada digu-nakan secara giat dan optima sebagai penggantian keperluan yang diimport.

Langkah-langkah lain yang dicadangkan termasuk penu-runan sewa hotel-hotel milik Kerajaan sampat 30% dari harga asal sebagai langkah simbolik Kerajaan Negeri mengukuhkan terus industri pelancongan ne-geri ini.  Langkah ini diharap da-pat diteladani oleh industri per-hotelan negeri ini bagi menge-kalkan kemasukan pelancong di negeri ini seperti tahun-tahun sebelumnya.  Alhamdulillah, bagi dua bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong yang telah melawat negeri ini masih amat memberangsangkan.

Ampun Tuanku,
Patik penuh yakin dengan limpah kurnia Allah dan naungan Tuanku, insya’ Allah, negeri ini akan terus stabil serta diberkati selain mencapai pembangunan secara seimbang di semua aspek.
Patik mohon mengakhiri persembahan ucapan tahniah ini, dengan sekali lagi berdatang sembah bagi pihak diri patik dan bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri serta para kakitangan Kerajaan dengan seikhlas-ikhlasnya, menyem-bah ikrar taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Patik dengan rasa kesyukur-an dan kerendahan diri menadah dua belah tangan memohon doa kehadrat Allah SWT. semoga dilimpahi rahmat dan nikmat serta dilanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan, serta Paduka-Paduka Anakanda Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Paduka Anakanda Tengku Bendahara Kelantan dan Paduka Anakanda Putera-Puteri, agar sekalian mendapat keberkatan Allah dengan bertambah-tambah daulat kebesaran memayungi Kerajaan Kelantan Darulnaim.
Amin ya Rabbul Alamin.

Adalah patik dengan hormat dan ta'zimnya.


HOME