Make your own free website on Tripod.com

Tuan Guru MB dan Mustapha Mohamad sempat bermesra di Bukit Bunga

YANG Amat Berhormat Menteri Besar ,Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Mustapha Mohamad, duduk berdampingan dan berbual mesra pada majlis persamian Kem Perubatan Dan Program Dua Hala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Red Cross Thailand di Bukit Bunga oleh Raja Perempuan Kelantan, baru-baru ini.

Turut duduk berdampingan adalah isteri kepada Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Ishak dengan isteri Menteri Pembangunan Usahawan.

Menteri Besar dan Menteri Pembangunan Usahawan kelihatan berbual mesra, mungkin masing-masing bercakap tentang masalah ekonomi yang meruncing sekarang. Majlis itu turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Pertemuan Menteri Besar dan Menteri Pembangunan Usahawan bukanlah yang pertama kerana Dato' Mustapha semasa masih di Kementerian Kewangan pernah membuat kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar yang kemudiannya disusuli oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Annuar Musa, yang ketika itu Menteri Belia Dan Sukan.

Sementara itu dalam titah ucapan pada majlis itu, DYMM Raja Perempuan menenakan-kan keyakinan baginda bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak Persatuan Bulan Sabik Merah dan Red Cross Thailand akan dapat membantu pihak kerajaan memperbaiki taraf kesihatan masyarakat.
Baginda menyeru semua lapisan masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerja-kerja seumpamanya itu kerana ia sangat berfaedah kepada semua lapisan masyarakat.


HOME