Make your own free website on Tripod.com

Gejala murtad tidak dicegah sebab tidak datangkan 'pitih'

TIDAK ramai orang dan tidak banyak kerajaan yang mahu menjalankan kerja menjaga agama sebab kerja ini tidak boleh mendatangkan 'pitih'.

“Kerajaan sekular, yang melihat kebendaan sebagai yang terpenting dalam semua perkara, lebih cenderung memberi tumpuan kepada aktiviti dan program yang menghasilkan 'pitih' seperti menggiatkan Tabung Haji dan pungutan zakat sahaja.

“Sebaliknya kerja sekat murtad, ajak orang sembahyang dan beramal ibadah yang lain bukannya menghasilkan 'pitih' tetapi akan menghabiskannya,” kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika berucap pada majlis Ceramah: 'Menangani Isu Murtad] anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Machang, baru-baru ini beliau menjelaskan kerana itulah tidak ramai orang, malah tidak banyak kerajaan yang berminat atau ambil peduli, apatah lagi terlibat secara aktif dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaan termasuk pembendungan kes murtad.

Tambahnya, bukanlah se-suatu yang pelik dan menghai-rankan di negara ini kalau isu murtad dipandang sepi kerana kerja-kerja dakwah, usaha-usaha mendaulatkan hukum-hakam dan kepatuhan kepada perundangan Islam tidak men-datangkan laba segera dalam bentuk mata benda termasuk 'pitih'.

Hanya kerajaan yang ber-teras dan berakar tunjangkan ajaran Islam sahaja akan ambil peduli, bersungguh-sungguh dan bergiat secara aktif dalam kerja mendaultakan hukum-hakam dan melaksanakan sega-la suruhan Allah serta menjauhi segala larangan-Nya, tambah beliau.

Beliau mengingatkan pe-mimpin dan rakyat yang tidak ambil peduli menyelamatkan Islam dan kedaulatan hukum-hakamnya supaya segera ber-taubat sebelum Allah menja-tuhkan lebih banyak bala dari-pada bala-bala yang sedia ada seperti keadaan ekonomi yang merudum dan kejatuhan nilai mata wang negara sekarang.

Sementara itu, Ahli Parli-men Marang yang juga seorang ulama, YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mengajak umat Islam agar menjadikan usaha memelihara dan meman-tapkan keimanan sebagai agenda utama dalam hidup.

Katanya, memelihara aga-ma adalah merupakan tang-gungjawab yang mesti diberi perhatian serius kerana ia adalah ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul.

“Kerajaan yang memerintah hendaklah melaksanakan ke-wajipan menjaga agama Islam agar tidak diperlekeh dan diper-sendakan oleh mana-mana golongan.

“Kerajaan orang Islam mesti menghalang gejala dan perbuatan murtad melibatkan umat Islam kerana murtad bermakna membatalkan ajaran Islam,” tegasnya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menambah, perbuatan murtad adalah jenayah nombor satu dalam Islam, yang tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana perbuatan sedemikian mence-markan imej Islam.
“Hanya satu hukuman bagi yang murtad, yakni bunuh,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tidak patut memandang remeh perkara murtad kerana ia tuntutan agama, agar penjagaan umat Islam daripada murtad diberi perhatian yang  lebih utama daripada yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tendong, YB Haji Hussein Ahmad, yang baru menyertai Kerajaan PAS Kelantan Turut berucap.


HOME