Make your own free website on Tripod.com

Kelantan tidak perlu tabung baru

TABUNG Serambi Mekah sudah lebih dari cukup sebagai sebuah tabung kebajikan dan Kelantan tidak bercadang untuk mewujudkan tabung baru berasaskan perniagaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang.

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Mat, berkata, Kerajaan Negeri akan hanya berusaha untuk memgembang dan memantapkan Tabung Serambi Mekah yang mula diwujudkan pada tahun 1991.

“Langkah itu perlu bagi memastikan kedudukan kewa-ngan tabung berkenaan kukuh dan stabil bagi membantu golongan sasaran, terutama rakyat miskin dan berpenda-patan rendah,” ujarnya ketika berucap di majlis ulangtahun kelapan Tabung Serambi Mekah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini.

Untuk menghadapi kega-watan ekonomi sekarang, tambah Menteri Besar lagi, Kerajaan Negeri lebih berhati-hati dan memberi penekanan kepada tabiat berjimat cermat yang memang menjadi teras dan tunjang pentadbiran negeri sejak awal penubuhannya lagi.

“Kita tidak lagi berminat untuk menubuhkan tabung baru sama ada bersifat kebajikan atau yang berorietasikan perniagaan. Cuma apa yang kita harap-kan Tabung Serambi Mekah dapat mengembangkan dana-nya daripada jumlah yang sedia ada supaya kedudukannya lebih kukuh,” tegas YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar.

Beliau berkata berdasarkan laporan terbaharu sehingga 1 Januari lepas  tabung berkenaan mempunyai dana terkumpul lebih RM3.5 juta yang dipungut daripada pelbagai punca.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Menteri Besar YB Haji Abdul Halim Abdul Rah-man selaku Pengerusi Jawatan-kuasa Tabung Serambi Mekah serta Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Haji Daud Iraqi, YB Haji Abdullah Yaakob dan YB Haji Hassan MohamadYB Haji Abdul Halim selaku pengerusi tabung dalam ucap-annya pada majlis yang sama mejangkakan pungutan derma untuk tabung tersebut merosot tahun ini dengan anggaran pungutan RM1.5 juta sahaja kerana masalah kegawatan ekonomi sekarang.

Tahun lepas sebanyak RM2.4 juta berjaya dipungut. Bagaimanapun, menurutnya, tahun lepas tabung mengeluar-kan bantuan yang banyak dengan perbelanjaan defisit.

Menurut beliau lagi, sejak tahun 1991, Tabung Serambi Mekah membelanjakan sejum-lah RM8.62 juta.

Pada hari ulang-tahun tabung itu kali ini, lebih RM1.7 juta berjaya dipungut dengan bilangan terbesar (lebih RM1 juta) adalah hasil sumbangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan anak-anak syarikatnya.


HOME