Make your own free website on Tripod.com

Hidroponik antara cara jayakan Kelantan jelapang makanan negara

RAKYAT Kelantan yang tidak mempunyai tanah untuk bercu-cuk tanam patut terlibat dalam kegiatan penanaman hidropo-nik bagi membantu menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Yang Berhormat Haji Omar Moha-mad berkata, cara hidroponik mampu memberi pulangan yang agak besar pengusaha walaupun modal awalnya agak besar.

Katanya, kerajaan Kelantan melalui agensi kerajaan dan syarikat swasta akan memas-tikan usaha memajukan bidang pertanian mengikut kaedah hidroponik mencapai kejayaan terutamanya yang membabit-kan petani berkelompok.

Berucap merasmikan Kursus Hidroponik anjuran Dewan Muslimat PAS Kota Bharu dan Jabatan Pertanian pada 12 Mac lalu, YB Haji Omar berkata, bagi menjayakan hasrat itu, Jabatan Pertanian kini giat memperkenalkan kaedah penanaman hidroponik.

Melalui kaedah hidroponik, tambahnya, kita dapat berjimat dalam mengadakan bekalan makanan keluarga di samping hidroponik juga boleh diusaha-kan dengan tujuan komersial.


HOME