Make your own free website on Tripod.com

Kelantan sediakan bidang pertanian untuk rakyatnya yang pulang

YAB Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kerajaan Kelantan perlu bersiap sedia menerima kemungkinan penghijrahan pulang rakyat Kelantan di perantauan dan mengajak mereka menceburi bidang baru, yakni sektor pertanian dan ternakan.

“Kalau tidak disediakan program untuk mereka awal-awal lagi, takut nanti akan menimbulkan masalah,” jelas beliau kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco baru-baru ini.
Beliau menegaskan Kera-jaan Kelantan akan memberi tumpuan kepada sektor per-tanian dan ternakan sebagai langkah menghadapi tekanan ekonomi negara sekarang.

“Langkah itu juga adalah bagi membendung masalah tuntutan mencari rezeki yang dijangka akan timbul ekoran penghijrahan pulang rakyat Kelantan akibat penutupan kilang-kilang di negeri lain,” katanya.

Beliau menjelaskan baha-wa dalam keadaan ekonomi yang tertekan dan kehidupan serba payah sekarang, manu-sia akan memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan bekalan makanan dan tidak mustahil sektor pertanian dan ternakan menjadi pilihan utama kebanyakan orang. 


HOME