Make your own free website on Tripod.com

Ternakan ikan air tawar:

KADA diminta terus benarkan taliair digunakan LEMBAGA Kemajuan Perta-nian Kemubu (KADA) patut terus memberi kerjasama mem-benarkan tali-taliair di bawah lembaga itu dimanfaatkan bagi tujuan ternakan ikan air tawar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad berkata, Kerajaan Negeri Kelantan  melihat tali-taliair KADA cukup berpotensi bagi sektor akualkultur di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM50,000 tahun ini bagi membantu program pemba-ngunan sektor akualkultur.

Jelasnya lagi, jika KADA memberi kerjasama kepada usaha memajukan tali-taliair dengan ternakan ikan air tawar, yang akan dapat faedahnya ialah kaum tani dan seterusnya akan turut memberi faedah kepada negeri dan negara.

“Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Perikanan akan berusaha memberi apa sahaja bantuan yang sesuai mengikut kemampuan yang ada supaya sektor akualkultur dapat dikembangkan,” tegasnya.

Oleh itu, tambahnya, Keraja-an Kelantan berharap KADA terus memberi kebenaran bagi membolehkan sektor ternakan ikan air tawar terus maju di negeri ini.

“Saya percaya, demi kepentingan kaum tani, KADA tidak akan keberatan untuk terus membenarkan tali-taliair di dalam kawasannya digunakan bagi tujuan ternakan ikan air tawar,” tambahnya lagi.

Beliau yakin dengan adanya projek-projek ternakan ikan air tawar menggunakan taliair,  hasil pendapatan peserta, termasuk petani dalam kawasan KADA, akan meningkat.


HOME