Make your own free website on Tripod.com

Taman Teknologi Pertanian Kelantan diusahakan

KERAJAAN Kelantan sedang mengusahakan pembinaan Taman Teknologi Pertanian sebagai projek contoh bagi meningkatkan sektor pertanian di negeri ini bagi jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandan dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad, berkata langkah itu selaras dengan perancangan kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai 'jelapang makanan'.

Berucap di majlis pelancaran tanah terbiar Kampung Tok Dokang oleh YB Timbalan Menteri Besar, Haji Abdul Halim Abdul Rahman, di sini baru-baru ini, beliau berkata satu kawasan seluas 5.2 hektar di jajahan Bachok dikenal pasti bagi melaksanakan projek contoh itu.

“Projek seumpamanya akan diperluaskan ke kawasan lain apabila ia berjaya mengeluar-kan hasil tidak lama lagi,” jelasnya.

Haji Omar berkata, dengan perlaksanaan projek itu diharap ianya akan menjadi model bagi membolehkan kerajaan mengusahakan tanah terbiar.

Bagi tujuan itu, tambahnya, kerajaan negeri sudah membentuk sebuah jawatankuasa menangani masalah tanah terbiar bagi merangka garis panduan menyelesaikan masalah berkenaan.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh pegawai daripada agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pertanian. Kerajaan negeri menyumbangkan RM200,000 setiap tahun bagi mengusahakan tanah terbiar pada kadar 200 hektar setahun.


HOME