Make your own free website on Tripod.com

MB rasmi ijtimak dakwah di Tak Bai, Thailand

MENTERI BESAR YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat diberi penghormatan merasmikan ‘Ijtimak Dakwah Serantau Saudara Kita’ yang membabitkan Perkim  Kelantan, Majlis Agama Islam Narathiwat dan Universiti Prince Of Songkhla.

Ijtimak diadakan di Maahad Nurudin Tak Bai selama tiga hari dengan menghimpunkan kira-kira 300 saudara baru dari Kelantan dan empat wilayah Selatan Thailand untuk memantapkan lagi strategi dakwah.

Ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut disambut dengan penuh mesra dan penghormatan oleh penduduk tempatan.

Bagi sesetengah penduduk di Tak Bai inilah peluang mereka mengenali pemimpin ulama itu sungguhpun sebelum ini mereka hanya mengetahui beliau melalui akhbar dan kaset rakaman kuliah dan ceramah beliau sahaja.


HOME