Make your own free website on Tripod.com

RM3.9 juta bantu penduduk miskin

SEBANYAK RM3.9 juta telah diperuntukan oleh kerajaan negeri kepada Jabatan Kebajikan Maysarakat setahun untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik di seluruh negeri ini.
Anggota Exco, Haji Omar Muhamed berkata, biarpun kerajaan Kelantan dianggap miskin, namun peruntukan itu dapat dikeluarkan hampir RM4 juta setiap tahun dalam usaha meringankan bebanan rakyat.

Katanya, daripada jumlah itu RM182,000 diperuntukkan kepada jajahan Bachok setahun dengan agihan  RM15,610 setiap bulan.

“Kerajaan negeri juga telah menaikkan jumlah sumbangan kepada penerima dari RM40 ke RM50 mulai Januari lalu,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa berkata, kerajaan negeri akan menarik balik peruntukan yang diberikan itu kepada penerima yang telah mendapat pendapatan tetap lain. 


HOME