Make your own free website on Tripod.com

Hubungan MB dengan bekas Ketua Polis negeri baik

BEKAS Ketua Polis (KP) Kelantan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Kanan Polis I, Datuk Kamaruddin Hamzah mengakui beliau tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bertugas di Kelantan.

Katanya, hubungan baik itu dengan semua pihak termasuk Menteri Besar.
“Dengan Menteri Besar saya tidak menghadapi sebarang masalah dan mempunyai hubungan baik,” katanya.

Beliau memberitahu telah mengamalkan sikap ‘neutral’ dan menjalankan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti-parti politik dan ketua-ketua jabatan negeri dan pusat.

Beliau berkata demikian di perbarisan pertukarannya yang berlangsung di perkarangan ibu pejabat Kotinjen Polis di sini, baru-baru ini.

Beliau bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Timbalan Ketua Polis Wilayah Persekutuan, Datuk Zakaria Mohamad, mengambil alih tempat beliau di Kelantan.

Datuk Kamaruddin berkata, biarpun suasana politik di Kelantan agak berbeza berbanding tempat-tempat lain, namun ia tidak menghalangnya untuk menjalankan tugas dengan baik.

Pada sidang akhbar yang sama beliau memberitahu bahawa bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-Tujuh  kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM140 juta bagi menyediakan perumahan dan mendirikan balai polis baru di negeri ini.


HOME