Make your own free website on Tripod.com

40 telaga minyak di perairan Kelantan

KELANTAN dijangka menjadi pengeluar minyak dan gas utama di rantau ini ekoran penemuan sebanyak 40 buah telaga minyak di luar pantai Kelantan, baru-baru ini.
Jumlah telaga minyak itu adalah yang terbesar pernah ditemui sebelum ini di rantau Asia.
Kelantan dijangka akan menjadi negeri pengeluar minyak dan gas utama di Malaysia apabila kerja-kerja mencali gali bermula menjelang awal tahun 2000.
Sehubungan itu, anggota Parlimen Bachok, Ustaz Buniyamin Yaakub mahu rakyat Kelantan bersyukur dengan kurniaan rezeki itu.

Sukan: Kelantan peruntuk RM300,000

KERAJAAN Negeri Kelantan  memperuntukkan sebanyak RM300,000 tahun lepas bagi memajukan aktiviti sukan di  negeri ini, kata Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, peruntukan itu mungkin ditambah lagi tahun ini sekiranya kegiatan yang dilaksanakan tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam.
“Kegiatan yang bercanggah dengan Islam itu jika dibiarkan menyebabkan masyarakat bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan yang dijalankan,” katanya.

Syiar Islam perlu dikembangkan

UMAT Islam di negeri ini diingatkan supaya memainkan peranan untuk memperluaskan syiar dakwah ke luar Kelantan dan tidak hanya tertumpu di Negeri Serambi Mekah ini sahaja.
Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Ismail Nuh berkata, sasaran dakwah hendaklah diperluaskan ke seluruh negara bagi menepati matlamat perjuangan.
Sehubungan itu, golongan pemuda sebagai barisan pelapis perlu memainkan peranan itu dari sekarang termasuk melibatkan diri secara aktif dalam program keagamaan.
HOME