Make your own free website on Tripod.com

7,256 geran tanah diserah

KERAJAAN Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 7,256 geran hak milik tanah kepada rakyat di seluruh negeri sejak tahun 1995 hingga Mac lalu.

Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian sebagai menjawab soalan Razali Che Mamat (BN - Guchil) pada persidangan Dewan Undangan Negeri 16 Jun lalu.

Beliau berkata, pemberian geran tersebut berdasarkan kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.


Gaji guru YIK sama taraf

GAJI guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) kini setaraf dengan sekolah anjuran Kementerian Pendidikan, kata Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) YIK, Ustaz Ismail Nuh.

Beliau berkata, ada di kalangan mudir sekolah YIK menerima gaji daripada YIK sebanyak RM2,500 sebulan, iaitu selaras skim gaji yang dilulus oleh kementerian pusat.

Begitu juga gaji dan elaun bagi guru-guru tetap dan sandaran telah dinaikkan sejak kerajaan Angkatan menerajui negeri ini.


Remaja sertai program Bakti Siswa

SERAMAI 100 remaja di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulai Chondong menyertai Program Bakti Siswa anjuran siswa tahun akhir Maahad ad-Dakwah wal-Imamah (MDI).
Program empat hari itu bertemakan ‘Generasi Beriman Benteng Keutuhan Ummah’ diadakan di Kampung Pangkal Kerdas di sini.

Menurut Mudir MDI, Ustaz Hassan Mat Leh, program tersebut adalah di antara kegiatan yang dirangka oleh Maahad bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar yang akan menamatkan pelajaran di MDI.


HOME