Make your own free website on Tripod.com

Perubahan wajah di Kelantan menjelang 2001

KELANTAN akan berubah wajah menjelang tahun 2001 apabila projek-projek besar yang dirancangkan dijalankan sepenuhnya dengan kerjasama pihak swasta di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, projek itu termasuk membangunkan bandar Baru Pengkalan Kubur, Kemahang, bandar petrokimia di Pantai Senok, dan pembinaan pelabuhan Tumpat.

Katanya, setiap perancangan projek pembangunan yang membabitkan tanah rakyat, pihak pemaju diminta terlebih dahulu menyediakan rumah bagi membolehkan penduduk yang terlibat berpindah.


1,610 rakyat Kelantan tunai haji

SERAMAI 1,610 jemaah haji dari Kelantan menunaikan ibadat haji tahun ini, kata Timbalan Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji cawangan Kelantan, Haji Fakaruddin Hassan.
Penerbangan pertama jemaah haji itu bermula 14 Mac 1997 dan berakhir 10 April 1997. Manakala penerbangan pulang bermula akhir April sehingga awal pertengahan Mei lalu.
Kesesakan orang ramai berlaku di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sepanjang masa berlepas dan kepulangan jemaah haji itu. Kenderaan terpaksa diletakkan di tepi jalan sepanjang sekilometer dari lapangan terbang.

HOME