Make your own free website on Tripod.com

Tasik Pergau dimajukan untuk tarik pelancong

Tanah seluas 360 hektar di sekitar empangan Tasik Pergau, Jeli akan dimajukan sebagai kawasan pelancongan baru.

Rancangan ini adalah satu daripada pelbagai usaha  menarik lebih ramai pengunjung sempena Tahun Melawat Kelantan tahun depan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) diberi tanggungjawab memajukan tasik itu selewat-lewatnya mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas 360 hektar untuk dimajukan oleh PKINK bagi membina chalet, restoran, pusat riadah dan beberapa pakej pelancongan yang diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.

Katanya projek tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2000 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik untuk para pelancong.


HOME