Make your own free website on Tripod.com

Dua muslimat dilantik sebagai senator baru wakili Kelantan

DEWAN Undangan Negeri yang bersidang pada 17 Jun lalu mengumumkan pelantikan dua anggota Dewan Negara baru bagi mewakili Kelantan iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim, 50,  dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Puan Hunaizah Mohd Noor, 53.

Cadangan pelantikan itu dibuat oleh Menteri Besar dan disokong oleh timbalannya, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman. Semua ahli dewan penyokong kerajaan bersetuju. Bagaimanapun, pembangkang keluar dewan ketika pengundian berlangsung setelah gagal mendapatkan kebenaran Speaker untuk membahaskan cadangan itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mengikut peraturan dewan cadangan melantik senator tidak perlu dibahaskan.

Menurut beliau, pelantikan Ustazah Jamilah adalah mengikut Jadual Ketujuh Perlembagaan Negara yang mensyaratkan warganegara Malaysia bermustautin di negara ini dan berumur lebih 30 tahun.
Ustazah Jamilah dari Kedah dan beralamat di Selangor dan Puan Hunaizah dipilih sebagai wakil Dewan Negara memandangkan kaum muslimat tidak terpilih sebagai calon wakil rakyat di dalam Kerajaan PAS Kelantan.


HOME